Tuesday, March 24, 2009

kEmBLi ke skoLah....

ermm, ni dh 2nd day aku b'tugas ke skolah.... semlm sampai, xde air plak, t'pakse la aku g mandi umah sblh...mlm br la air ade balik, tu pn dh kul 10 lebih baru la ade... aku dh siap mandi dh pn...huhuh.... erm hr ni bangun subuh badan rase mcm xsihat....aduih...kepala rase b'denut2 jer, badan lak panas, tekak pn sakit....ni mgkin sbb p'rubahan cuaca....huhuh....harap2 xla melarat...

Saturday, March 21, 2009

salamm....

erm, akHir nye dpt jgk aku b'peluang menulis kat blog ku sndiri...huhuh
sebelum ni aku xpunyer kesempatan tuk tulis kat cni....
blogg aku ni masih lg dlm renovation...heheh....al-maklumla aku baru lg m'activekn blog ni...before this aku ade jgk cuba2 wat blog kat friendster.... tu pn xbnyk bleh edit....sbbnye mase mmg jeles tul ngan aku....heheh....sejak2 aku memasuki alam pekerjaan ni, aku mmg cbuk...sampai kdg2 xde mase tuk kuar jln2 b'sama ngan kwn2....lau mase blaja dulu, asal weekend jer, aku bleh kuar jln2 or window shopping ngan kwn2.... tp apa pun, bnyk jgk pengalamn yg aku dpt sepanjang aku kat skolah STAM....ade pengalaman yg manis m'cuit hati ngan telatah murid2 n xt'lepas jgk dari ujian n cabaran yg agak sedey m'guris hati ku.huhu...wlu di mana pn kite, kite xkan t'lepas dari ujian n cabaran dlm kehidupan ini...yg membezakan kita, how we handle it...right...=)

Friday, March 20, 2009

sCh0oL h0LiDay....

ermm, cuti skolah dh nk sampai ke p'hujung...huhuhu..rase xpuas lg b'cuti...best nyer duk umah.... mlm ahad ni dh naik bus balik kajang... cuti ni, dpt la rest kat umah...lau la dpt, rase mcm nk sambung jer lg cuti..huhuh...cuti skolah ni bnyk jgk invitation ke kenduri kawin n majlis maulidur rasul....dpt la jumpa sedara mara time mcm ni... dlm p'cutian ni, aku dpt brita sedih...tok sedara aku kembali ke rahmatullah pd pg rabu kelmarin.....innalillahi wa inna ilaihirajiun... smoga arwah ditempatkn b'sama org2 yg soleh....amin...

wAniTa SeJaTi

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah." Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"