Wednesday, July 1, 2009

dedication 4 mY STAM's sTuDeNtS....

Anak-anakku……

Allah menciptakan manusia sama sahaja,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yang lalai dengan angan-angan,

Ada yang tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifatnya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau jua yang menanggung natijahnya.

“Sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”

(surah al-Tin : 4)

Wahai anak-anakku……

Ingatlah kau dari sekolah mana,

Kami mempunyai harapan yang tinggi,

Kami mempunyai impian,

Yang perlu anak-anak fahami,

Kami mahukan anak-anak semua,

Meneruskan kegigihan kami,

Menegakkan kalimah itu,

Janganlah leka duhai anak,

Janganlah kau ikutkan nafsu,

Kau belum tahu penangan dunia ini,

Bukan kah kau selalu mendengar nasihat itu?

Telah lupakah kau ??

Semuanya??


Wahai anak-anakku…

Moga esok engkau akan lebih tabah

Andai terpaksa mengharungi derita

Moga esok engkau akan lebih bersyukur

Andai bahagia menerangi jiwa…………….

Anak-anakku sayang…

Jadilah penyambung impianku

Yang aku kelamkan lewat usia remajaku dahulu

Agar engkau akan lebih cepat memahami hidup ini……………

Anak-anakku…..

Pandanglah ke wajah mulus ibumu

Renungilah ke wajah tulus ayahmu

Tatapilah ke wajah kudus gurumu

Kelak di situ kau akan temui makna

Mengapa mereka sering memarahimu

Mengapa mereka sering mengawasi gerak- gerimu

Kerana…

Di mata mereka

Ada cahaya terbit dari sana

Sinar cinta untuk anak-anak

Mohon doa dielakkan bencana

Mohon doa dikekalkan bahagia

Mohon kejayaan …………….

Dunia dan akhirat………………..