MUTiARA KATA
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui
kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang
tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang
tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke
tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin
kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang
tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada
orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam
keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan
putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita
adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam
masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika
kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya
berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu
tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika
dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu
jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang
merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik
Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan
terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak
ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu
bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk
membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
kamu positif terhadap kehidupan.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati
hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi
sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk
mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah
sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh
itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa
yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang
sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari
adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan
ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia
masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur
dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang
berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang
memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan
kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau
tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah
hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka
dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah
hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji
dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan
tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu
berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih
baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami
sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan
jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah
benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan
untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu
persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi
dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali
dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang
didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata
tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan
paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang
dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri
tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum
pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam
kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu
seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan
harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan
beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang
dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati
ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah
dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka
terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada
usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak
lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di
mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi
dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali
kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian
panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya
ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkaraperkara
besar.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu
menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang
lain pula.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk
mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar
memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling
mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal,
bertambah banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak
juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk
merancang.
- William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab
manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang
lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk
berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula
teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita
akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan
dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa
yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas
pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun
tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah
kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari
orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa
Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang
serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan
kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan
adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup
hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus
menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya
lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah,
kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam
apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu,
berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya
semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini
membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang
lain
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan
perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan
ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk
memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling
akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah
tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh
itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah,
maka matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk
mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata
yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang
anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan
berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan
lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang
muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi
kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik
untuk bertindak
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan
batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya
telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua
empuknya pasir itu -Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu
kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak
pernah menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas
dendam.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan
dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan
zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang
berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang
berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang
pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan
sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang
boleh membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang
dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan
terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu
membersihkan yang lainnya.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara
lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti
adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau
membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya
kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi
beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan
kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan
daripadanya -Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke
dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan
mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika
kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan
tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu
sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan
begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia
akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan
baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan
terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak
pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang
remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan
menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi
pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya -Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke
tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang
hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu
mengerjakan apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang
adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah,
maka matilah orang itu..
-Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya
menaikkannya -John Petitsenn
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumbalumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan
daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda
yg diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi
pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak berteman..
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia
yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia
membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia
mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk
dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua
yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada
apa yang kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah
kawan karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran
yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati
mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada
gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri,
ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh,
bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan
mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan
pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang
kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan
zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah
seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih
melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang
dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti
apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati
yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk
menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh
tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika
tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu
dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya,
maka tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak
singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib
menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
- Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak
menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya
bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada
usaha yang besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya,
dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka
dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah
yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang
jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana
kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta
tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak
semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B
Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di
dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih
daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
-Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu
bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -
Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi
pekerti
-Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah
darinya - Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak
mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -
Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -
Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka
ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat
mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana
lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran-
Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada
menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan - Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -
Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan
hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -
Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan
dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan
yang tidak diketahui orang lain.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda
yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan
hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa
bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan